Tuesday 17 October 2017

Motor Sewa Honda Wave 100cc

2minggu lepas pihak Motor Sewa KL telah menambah sebuah lagi motor sewa dari model Honda Wave 100cc. Ianya bagi menampung permintaan dari pihak pelanggan motor sewa KL.

Jika tuan/puan memerlukan perkhidmatan motor sewa ini, hubungi sahaja 0182011997 .

Motor Sewa Honda Wave


Motor Sewa Honda Wave

Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

Thursday 12 October 2017

Special Promo Sempena Deepavali 2017

Kali ni pihak Motor Sewa KL menawarkan promosi khas kepada semua sempena Deepavali yang bakal menjelang tiba ini.

Promosi ini terpakai sepanjang bulan October 2017 sahaja ye.

Untuk motor sewa Honda Wave dan Honda EX5 Class.
Harga promosi sehari rm30 (harga asal rm40)
Harga promosi seminggu rm150 (harga asal rm200)
Harga Promosi sebulan rm300 (harga asal rm400)

Untuk motor sewa Skuter SYM VTS200.
Harga promosi sehari rm70 (harga asal rm90)
Harga promosi seminggu rm300 (harga asal rm400)
Harga Promosi sebulan rm600 (harga asal rm800)

Buat tempahan motorsikal sewa anda sekarang. Hubungi 018 201 1997

Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

Thursday 5 October 2017

Motor Sewa KL | Roadtax Motor Mati Lebih Dari Setahun

Admin kongsikan sedikit pengalaman yang baru berlaku.
2 hari lepas saya ada membeli sebuah motorsikal Honda Wave dengan individu di Wangsa Maju. Tujuan utama pembelian motorsikal ini adalah untuk menambah stok motor sewa kami.

Semasa saya melihat dan test ride motor tersebut, pemilik lama bagi tahu yang motor ni dah lama tak ada roadtax, dah lebh dari setahun roadtax mati. Saya pula sebelum ni pernah dengar yang kalau motor roadtaxnya dah mati lebih dari setahun, proses tukar nama boleh dilakukan macam biasa, tetapi proses untuk mendapatkan roadtax baru tidak dapat dijalankan. Ianya perlu di semak oleh pihak JPJ atau Puspakom.

Saya pun bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pemilik lama. Selepas membuat pertukaran hak milik di JPJ Wangsa Maju, ianya hanya mengambil masa 30 minit sahaja, owner lama thumb print dan owner baru thumb print, bayar kos tukar nama motor rm3, selesai.

Keesokan hari, saya membawa motor ke JPJ Petaling Jaya untuk proses inspection, untuk memohon roadtax baru.
Saya bertanya di kaunter dan dia suruh saya untuk fotostat depan belakang IC dan geran motor, lepas tu buat insuran. Selesai semua tu, saya kembali ke kaunter. Pegawai JPJ menyuruh saya membawa motorsikal ke belakang pejabat untuk dibuat inspection.

Masalah mula timbul disini.

Pertama sekali adalah kedudukan no chasis. Terperuk dalam cover set. Pegawai JPJ suruh ke bengkel untuk buka cover set depan. Nasib baik la dalam motor ada screwdriver, saya buka sendiri je cover set tu. Tak pandai sebenarnya tapi agak-agak jer nasib baik jadi.


Ni la rupanya no chasis. sumber Google.

Dah selesai dia ambil no chasis, seterusnya dia cek no enjin pula. Kali ni senang sebab no enjin kat bahagian luar enjin dan jelas kelihatan. Nasib baik tiada minyak yang melekat.

No enjin kat bhgn gear tu

Seterusnya dia suruh start motor dan cek lampu brek dan signal. Masalah pula kat sini adalah sebab bateri dah kong, so signal tak nyala kecuali kena ramp kuat. Hon pun dia cek. nasib baik pegawai tu sporting, dia luluskan tetapi dia pesan suruh pegi tukar bateri.

Dah selesai, kembali ke kaunter untuk hidupkan roadtax, bayaran rm2 sahaja.
Selesai.


Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike