Monday 18 September 2017

Motor Sewa KL | Penyelenggaraan Berkala

Menjadi rutin setiap bulan pihak kami akan membuat penyelenggaraan ke atas semua motorsikal sewa milik kami. Dari segi minyak pelincir, plug, keadaan tayar, lampu dan brek semuanya kami pastikan dalam keadaan baik dan selamat.

Ini kerana kami tidak mahu pihak pelanggan kami mengalami sebaarang masalah sepanjang tempoh sewaan motorsikal tersebut.

Ada juga yang nak menyewa motorsikal 'kapcai' untuk perjalanan yang agak jauh seperti KL - Ipoh, ianya amat tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana motor berkuasa kecil ini hanyalah sesuai untuk perjalanan jarak dekat atau pun perjalanan dalam bandar sahaja. Ianya tidak sesuai untuk perjalanan jarak jauh dalam masa yang singkat.

Mahupun begitu, kami mempunyai sebiji Skuter SYM VTS200 yang mana ianya mampu untuk perjalanan jarak jauh. Beberapa pelanggan kami sebelum ini terutamanya pelancong luar negara menyewa motor ini untuk pusing ke beberapa negeri seperti KL - Negeri Sembilan - Melaka - KL.
Alhamdulillah perjalanan yang baik dan semuanya berjalan lancar.

Apa pun, jikalau tuan/puan memerlukan motor sewa di KL ni, jangan segan untuk hubungi saya www.wasap.my/60182011997 

Sewaan motor di KL | Motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

No comments:

Post a Comment