Thursday 5 October 2017

Motor Sewa KL | Roadtax Motor Mati Lebih Dari Setahun

Admin kongsikan sedikit pengalaman yang baru berlaku.
2 hari lepas saya ada membeli sebuah motorsikal Honda Wave dengan individu di Wangsa Maju. Tujuan utama pembelian motorsikal ini adalah untuk menambah stok motor sewa kami.

Semasa saya melihat dan test ride motor tersebut, pemilik lama bagi tahu yang motor ni dah lama tak ada roadtax, dah lebh dari setahun roadtax mati. Saya pula sebelum ni pernah dengar yang kalau motor roadtaxnya dah mati lebih dari setahun, proses tukar nama boleh dilakukan macam biasa, tetapi proses untuk mendapatkan roadtax baru tidak dapat dijalankan. Ianya perlu di semak oleh pihak JPJ atau Puspakom.

Saya pun bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pemilik lama. Selepas membuat pertukaran hak milik di JPJ Wangsa Maju, ianya hanya mengambil masa 30 minit sahaja, owner lama thumb print dan owner baru thumb print, bayar kos tukar nama motor rm3, selesai.

Keesokan hari, saya membawa motor ke JPJ Petaling Jaya untuk proses inspection, untuk memohon roadtax baru.
Saya bertanya di kaunter dan dia suruh saya untuk fotostat depan belakang IC dan geran motor, lepas tu buat insuran. Selesai semua tu, saya kembali ke kaunter. Pegawai JPJ menyuruh saya membawa motorsikal ke belakang pejabat untuk dibuat inspection.

Masalah mula timbul disini.

Pertama sekali adalah kedudukan no chasis. Terperuk dalam cover set. Pegawai JPJ suruh ke bengkel untuk buka cover set depan. Nasib baik la dalam motor ada screwdriver, saya buka sendiri je cover set tu. Tak pandai sebenarnya tapi agak-agak jer nasib baik jadi.


Ni la rupanya no chasis. sumber Google.

Dah selesai dia ambil no chasis, seterusnya dia cek no enjin pula. Kali ni senang sebab no enjin kat bahagian luar enjin dan jelas kelihatan. Nasib baik tiada minyak yang melekat.

No enjin kat bhgn gear tu

Seterusnya dia suruh start motor dan cek lampu brek dan signal. Masalah pula kat sini adalah sebab bateri dah kong, so signal tak nyala kecuali kena ramp kuat. Hon pun dia cek. nasib baik pegawai tu sporting, dia luluskan tetapi dia pesan suruh pegi tukar bateri.

Dah selesai, kembali ke kaunter untuk hidupkan roadtax, bayaran rm2 sahaja.
Selesai.


Sewaan motor di KL | motor sewa di selangor | Bike for rent in kl | Rental motorbike

No comments:

Post a Comment